MKD Signature Sdn Bhd (MSSB) masih merupakan pemegang saham utama Mulia Property Development Sdn Bhd (MPDSB) yang memiliki bangunan Exchange 106 di dalam Projek Tun Razak Exchange (TRX).<br />Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ekoran satu laporan media mengenai penjualan saham milik MSSB iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam MPDSB.
